Realtime website trackingweb stats

Kempen servis istimewa, Toyota tampilkan Vios baharu dengan Veloz

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang individu yang tidak mahu dikenali telah mengongsikan satu surat yang menyatakan Toyota Vios miliknya terlibat dalam satu “Kempen Servis Istimewa” di dalam Facebook Page Komuniti Toyota Vios 3rd & 4th Gen.

Lebih mengejutkan lagi, ada pengguna lain yang juga memberikan komen yang menyatakan mereka menerima surat yang sama dan memiliki sebuah Toyota Vios yang diterima pada bulan Julai 2023.

Kami menganggarkan bahawa panggilan semula ini melibatkan Toyota Vios terbaru yang telah dilancarkan pada Mac 2023.\

Kempen servis istimewa, Toyota tampilkan Vios baharu dengan Veloz

Menurut Paultan, rakan media mereka, telah melakukan semakan dengan sumber rasmi di UMW Toyota Motor dan telah disahkan bahawa selain Vios, Toyota Veloz juga terlibat dalam panggilan semula ke Kempen Servis Istimewa ini.

Walau bagaimanapun, pada masa ini masih belum ada maklumat lanjut mengenai panggilan semula tersebut.

Dari apa yang dapat kami lihat dalam surat tersebut, Toyota mengumumkan bahawa kempen ini bertujuan untuk memanggil semula pemilik kenderaan agar menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Toyota.

Tujuannya adalah untuk memeriksa semula pemasangan mengetatkan semula nat pemasangan penyerap hentak hadapan.

Ini kerana kemungkinan nat pemasangan tersebut tidak dilakukan dengan kadar tork yang mencukupi.

“Jika kenderaan terus digunakan dalam keadaan ini nat berkenaan mungkin akan longgar, menyebabkan bunyi yang tidak normal terhasil, dan nat tersebut mungkin tercabut, menyebabkan kenderaan hilang kestabilan.

Oleh itu kami menjalankan kempen servis istimewa ini bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” tulis surat tersebut.

Semua kos untuk membaiki akan ditanggung sepenuhnya oleh Toyota Malaysia dan ia akan mengambil kira-kira 30 minit untuk mengetatkan nat yang berkaitan.

Sumber:

Baca:

Port beli jiwa ‘aesthetic’ dan cantik yang jual cromboloni ‘crunchy’

Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan

Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim