Realtime website trackingweb stats

Keluar group whatsapp senyap-senyap , ini cara ‘confirm’ tiada siapa perasan

Oleh HADI KAMARUDIN

Perbualan harian kita kini tidak lagi terhad kepada pertemuan secara bersemuka.

Orang ramai tidak perlu lagi keluar lepak di kedai mamak semata-mata untuk berbual hingga lewat malam.

Kita kini berada di zaman teknologi canggih dan cara kita berkomunikasi juga telah berubah.

Dengan adanya aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, ramai antara kita boleh berborak setiap hari tanpa perlu bangun dari katil.

Chat, voice note, emoji, gambar, dan video menambahkan lagi kemeriahan dalam perbualan di WhatsApp.

Keluar group whatsapp senyap-senyap , ini cara 'confirm' tiada siapa perasan

Namun, kadang-kadang perbualan ini boleh menjadi terlalu aktif, terutama jika ahli kumpulan lain tidak tahu bila untuk berhenti dan berehat.

Bagi mereka yang tidak mahu terlibat secara berlebihan, pilihan yang ada sangat terhad

Selain daripada membisukan (mute) notifikasi, pilihan lain adalah meninggalkan kumpulan tersebut.

Namun, terdapat kebimbangan bahawa tindakan ini mungkin dianggap tidak sopan atau menunjukkan kita tidak mahu berkawan, terutamanya jika meninggalkan kumpulan besar secara tiba-tiba.

Berita baiknya, WhatsApp kini telah menyediakan kemas kini terbaru yang membolehkan pengguna keluar dari kumpulan tanpa disedari oleh ahli lain.

Menurut laman berita Business Insider, mereka telah berkongsi cara untuk keluar dari kumpulan WhatsApp tanpa diketahui oleh ahli lain.

Caranya sangat mudah: pergi ke kumpulan sembang yang ingin anda tinggalkan dan klik pada nama kumpulan di bahagian atas skrin.

Pada halaman maklumat, tatal ke bawah dan klik ‘Keluar Kumpulan’.

Menurut Business Insider, anda akan segera meninggalkan kumpulan tersebut tanpa disedari oleh ahli kumpulan yang lain, kecuali pentadbir kumpulan.

Walau bagaimanapun, pentadbir masih boleh melihat bahawa anda telah keluar dengan memeriksa senarai ahli kumpulan pada halaman butiran.

BACA: Syed Mokhtar Al-Bukhary akhirnya dedah rahsia bagaimana caranya nak jadi jutawan