Mark Zuckerberg, pengasas dan CEO Meta, telah meningkatkan kekayaannya pada tahun 2024, daripada kurang $100 bilion kepada lebih $200 bilion hari ini.
Peningkatan yang drastik ini menjadikan Mark Zuckerberg sebagai individu keempat terkaya di dunia.
Meta terkenal dengan platform sosial seperti Facebook, Instagram, Messenger, WhatsApp, dan yang terbaru, Threads.
Selain itu, Meta juga telah melabur secara besar-besaran dalam kaca mata pintar dan model kecerdasan buatan, yang kini menjadi topik perbualan hangat.
Meta AI yang diintegrasikan dalam pelbagai aplikasi di bawah Meta kini mempunyai hampir 500 juta pengguna bulanan.
Mark Zuckerberg menjangkakan bahawa ia akan menjadi pembantu maya dengan kecerdasan buatan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia menjelang akhir tahun 2024.
Demo kaca mata pintar yang ditunjukkan oleh Mark Zuckerberg baru-baru ini juga memperlihatkan potensi besar dalam bidang ini, serta bagaimana Meta memimpin berbanding syarikat lain yang masih jauh ketinggalan.
Semua ini menyumbang kepada peningkatan nilai kekayaan Mark Zuckerberg pada tahun 2024.
Di hadapan Mark Zuckerberg dalam senarai individu terkaya di dunia adalah Elon Musk (Tesla) dengan kekayaan $272 bilion, Jeff Bezos (Amazon) dengan kekayaan $211 bilion, dan Bernard Arnault (LVMH) dengan kekayaan $207 bilion. Mark Zuckerberg menduduki tangga keempat dengan nilai kekayaan $201 bilion.
BACA:Â Banyak akal dari yang lain, ini sifat anak kedua buat ibu bapa kena banyak bersabar