Ajaib tapi benar. Tak semua benda yang berlaku boleh diterima dengan logik akal semata-mata.
Kadang-kadang sesuatu itu berlaku diluar jangkauan kemampuan otak kita berfikir.
Bagi orang Islam, ini dipanggil kuasa Tuhan yang menentukan segalanya dan kita wajib mempercayainya.
Itulah keadaan yang berlaku kepada seorang wanita berumur 73 tahun apabila dia tidak sedar hamil selama 35 tahun.
Doktor mendedahkan perkara ini melalui aplikasi TikTok selepas wanita tersebut dilarikan ke jabatan kecemasan kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Selepas melihat imbasan dan mengenal pasti masalah kesihatan wanita dari Algeria tersebut, doktor terkejut apabila menemui ‘bayi batu’ di dalam saluran tiub fallopionya.
Kemudian, mereka melakukan penyelidikan perut terhadap wanita tersebut dan mendapati bahawa dia mengalami ‘lithopedion,’ suatu keadaan yang sangat jarang berlaku dan merujuk kepada kematian janin semasa kehamilan di luar rahim.
“Jika janin yang mati terlalu besar untuk diserap semula oleh badan ibu, ia menjadi bendasing kepada sistem imun ibu.
“Janin kemudiannya ‘dimumiakan’ secara semulajadi dalam badan ibu,” katanya.
Baca:
‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak
‘Mengarut sangat dah ni’ – Rosyam Nor anggap rumah pelacuran perlu untuk pendatang asing
‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah