Walaupun lesung pipit adalah kecacatan, ia dianggap sebagai salah satu kecacatan yang paling cantik dan comel bagi sesiapa yang memilikinya.
Malah, mereka yang mempunyai lesung pipit sering kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Betul ke?
Terutama apabila mereka tersenyum, lesung pipit memberikan aura istimewa kerana keunikannya.
Lekuk di pipi ini menambah kecomelan dan sering dikenang oleh orang lain.
Selain comel, berikut adalah beberapa fakta dan kelebihan tentang lesung pipit yang mungkin ramai tidak tahu!
Hanya 20% Manusia Memilikinya
Menurut statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit. Lesung pipit sebenarnya merupakan jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.
Menarik Perhatian Ramai
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit menambah daya tarikan seseorang secara semula jadi. Jadi, tidak perlu risau ketika bergambar; lesung pipit anda akan menjadikan anda tumpuan perhatian.
Kelihatan Lebih Muda
Orang yang mempunyai lesung pipit sering kelihatan seperti memiliki ‘baby face’. Para saintis juga mengesahkan bahawa salah satu kelebihan lesung pipit adalah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Penyebar Aura Keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, mereka menyebarkan aura keceriaan kepada orang di sekeliling. Ini membuatkan suasana menjadi lebih ceria dan menyenangkan.
Populariti di Kalangan Selebriti
Menurut laman Time For Healthy Food, lebih daripada 60% bintang Hollywood mempunyai lesung pipit, dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Ada yang sanggup melakukan pembedahan hanya untuk mendapatkan lekukan tersebut.
Di Malaysia, lesung pipit Wawa Zainal sangat menawan, manakala di Bollywood, Preity Zinta dan Shah Rukh Khan merupakan contoh selebriti terkenal dengan lesung pipit mereka.
BACA: Ramai tak tahu sebenarnya masuk hospital kerajaan tapi dapat layanan 5 bintang, ini caranya