Masalah kera masuk rumah, duduk atas atap, selongkar tong sampah memang biasa di alami.
Bukan di kampung saja tapi juga bagi yang tinggal di kawasan perumahan mahupun kediaman bertingkat.
Kehadiran kera bila dalam dalam jumlah yang banyak boleh menakutka kita juga.
Kalau dah stres dengan masalah kera yang kerap sangat datang berkeliaran di sekitar rumah boleh guna cara ini agar haiwan ini menjauhi kediaman kita.
Cara yang dikongsi oleh Noor Jeey Pojie hanya guna ubat gegat dan belacan saja.
Guna tip ini jika kawasan rumah ada masalah kera berkeliaran
Entah kali ke berapa saya share petua ini. Ramuan dua bahan ni ubat gegat dan belacan untuk menghalau kera atau monyet. Bahkan selepas dicuba bukan sahaja kera, tikus pun takde dah berkeliaran.
Kawasan Rumah Ada Masalah Kera Berkeliaran, Guna Cara Ini Supaya Tak Masuk Rumah
Cara-caranya
1. Tumbuk ubat gegat sehingga hancur. Nak mudah tumbuk saja sebelum plastik dibuka. Takkan nak tumbuk dalam lesung batu pulak kan?
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan. Dah sebati, masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.
Kawasan Rumah Ada Masalah Kera Berkeliaran, Guna Cara Ini Supaya Tak Masuk Rumah
3. Gantungkan di mana-mana saje kawasan kera selalu berkeliaran.
Modal dua bahan ini hanya berapa ringgit saja dibandingkan anda stress bila monyet menyelinap masuk rumah.
Semoga bermanfaat.
BACA:Â Rupanya ini maksud sebenar disebalik huruf pada coklat M&M