Tidak dinafikan bahawa soal kewangan adalah topik sensitif untuk dibincangkan, terutama apabila melibatkan gaji atau hutang.
Ada orang yang tidak suka berhutang, tetapi ada juga yang suka mengambil peluang untuk berhutang.
Selain daripada bank, hutang juga boleh diambil dengan meminjam dari individu lain, sama ada dari kawan rapat atau sebaliknya.
Namun, ada juga yang mengalami masalah perhubungan dengan ahli keluarga atau kawan rapat disebabkan isu hutang.
Salah satu masalah utama dalam situasi ini adalah pemberi hutang sukar untuk mengatakan ‘tidak’,
yang kadang-kadang menyebabkan golongan yang suka berhutang mengambil kesempatan ke atas kelemahan pemiutang.
Namun begitu, terdapat beberapa cara halus untuk menolak permintaan berhutang dari individu, yang sepatutnya dipertimbangkan.
Antara tip dikongsikan Azizul Azli Ahmad adalah seperti berikut:
1. Berlaku jujur
Berterus terang sahaja mengenai kewangan semasa anda.
Contoh beritahu mereka bahawa anda ada komitmen yang tinggi untuk bayar hutang rumah, bil dan perbelanjaan lain.
2. Guna nama pasangan
Kalau rasa susah nak menolak permintaan orang nak berhutang anda boleh juga guna nama pasangan (isteri atau suami)
Contoh memberitahu bahawa gaji dipegang dan dikawal isteri apatah lagi sejak muflis.
3. Beri tempoh
Jelaskan bahawa ada perlu gunakan duit banyak pada bulan ini untuk meguruskan hal sekolah anak.
Namun, usah berjanji tetapi berikan tempoh akan datang yang anda mungkin dapat bantu.
4. Bertegas
Situasi ini juga boleh anda praktikkan kepada mereka yang suka berhutang tapi liat nak membayar.
Jika ada hutang masih belum dibayar, anda boleh bangkitkan perkara itu dan suruh mereka selesaikannya dahulu.
5. Tolak tapi cuba membantu
Sekiranya dia minta pinjam RM1,000, anda boleh tawarkan sebanyak RM100 untuk ringankan beban mereka.
Jika nilainya kecil, apa salahnya untuk bantu terutamanya mereka yang rapat dengan anda.
BACA:Â Ramai tak tahu sebab apa langit dari bumi warna biru tetapi dari bulan warna hitam?