Sejak Isnin yang lepas, berita tentang pelbagai kejadian di mana anak-anak pergi ke sekolah, terutamanya pelajar Tahun Satu, telah menjadi tumpuan di media sosial.
Tetapi kali ini cerita yang berbeza telah dikongsi oleh pelawak dan pelakon, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro, yang telah menimbulkan gelak ketawa di kalangan warganet.
Shahrol mengakui bahawa secara tidak sengaja dia telah menghantar anak keduanya, Iskandar Rizqi, yang berumur 7 tahun atau lebih akrab dipanggil Iqi, ke sekolah yang salah, dan perkara itu hanya disedari apabila pihak sekolah menghubunginya.
“Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut.
“Cerita hari ini (semalam), saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah,” kongsinya.
Dalam hantaran dan video selama 1 minit 10 saat itu, Shahrol bergegas pergi ke Sekolah Kampong Melayu untuk menjemput anaknya yang sepatutnya pergi ke Sekolah Tunku Mahmood.
“Tak tahu sekolah? Mabuk eh?” gurau seorang wakil sekolah dalam video berkenaan.
Kemudian, Shahrol meminta maaf kerana kesilapan tersebut dan salah seorang guru menyatakan bahawa pengalaman itu hanya berlaku kepada beberapa orang sahaja.
“Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa itu.
“Terus dia jumpa cikgu, beritahu dia telah tersalah sekolah. Cikgu lihat tanda nama dia dan menyedari dia tersilap sekolah serta terus menghantarnya ke pejabat,” tulisnya.
Shahrol juga menasihati ibu bapa lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
“Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer Iqi dan terima kasih cikgu-cikgu yang membantu,” katanya.
Para guru di Sekolah Rendah Kampong Melayu juga tidak melepaskan peluang untuk merakam momen lucu tersebut dengan mengambil gambar sebagai kenangan.
Baca:
Guru KAFA antara penerima bantuan khas Aidilfitri RM1200, bayaran bermula 15 Mac 2024
Sah! Tiada lagi lagu raya Aliff Syukri ‘menghantui’ tahun ini, warganet bukan main lagi bersyukur
Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama