Realtime website trackingweb stats

‘Kau cantik kau selamat dik’ – Anak Norman Hakim dan Abby Abadi ini jadi bualan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ada menganggap rupa paras yang cantik buat apa pun selamat.

Itu antara reaksi netizen terhadap penampilan anak kedua kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi ini.

Marissa Dania Hakim dipuji begitu cantik ketika membuat penampilan sebagai model sebuah jenama fesyen tempatan untuk koleksi Aidilfitri, baru-baru ini.

'Kau cantik kau selamat dik' - Anak Norman Hakim dan Abby Abadi ini jadi bualan

Masih berumur 19 tahun, Marissa jadi bualan warganet ekoran dituduh menjadi perosak rumah tangga sebelum bernikah secara senyap dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Rata-rata memuji kecantikan semula jadi yang dimiliki Marissa yang diwarisi daripada ibunya ketika di awal kemunculan sebagai penyanyi dalam kumpulan Elite.

“Untung jadi orang cantik. Buat apa pun orang terima je.

“Kau cantik, kau lepas. This real Malaysia guys (Inilah realiti orang Malaysia),” demikian antara komentar warganet.

Sementara itu, selepas tular mengenai berita perkahwinannya bersama Aslam, Marissa mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram.

Sebelum ini, media mendedahkan Marissa sudah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Songkhla.

Pendedahan yang dibuat turut disahkan Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan.

Terdahulu, kecoh di media sosial pada September tahun lalu, apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Misya mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Walau bagaimanapun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Baca:

Akibat tiada kuasa buat undang-undang, ini 16 kesalahan syariah yang batal dan tidak sah

Mengaku ‘Malaysian’ tapi tak reti BM, pasangan kantoi curi subsidi minyak kereta orang Malaysia

Baru tahu kenapa kekunci F dan J ada garis, menaip pun lebih cepat dan mudah