Terdapat masa di mana kasut yang telah dibasuh akan menunjukkan kesan kuning selepas dikeringkan, terutamanya jika ia berwarna putih.
Kesan kuning pada kasut itu boleh kekal walaupun sudah dibasuh untuk kali kedua.
Sebenarnya, kesan kuning tersebut adalah saki-baki kotoran yang terdapat di permukaan kasut semasa proses pengeringan.
Jangan risau, terdapat teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan kesan kuning ini. Berikut adalah langkah-langkahnya:
Bahan-bahan:
Tisu dapur atau tisu tandas
Langkah-langkah:
1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.
2. Selepas mencuci kasut hingga bersih, balut seluruh kasut yang masih basah dengan tisu yang disediakan. Jika menggunakan tisu tandas, lakukan dua lapisan. Pastikan tisu melekat pada kasut yang masih basah.
3. Kemudian, jemur kasut untuk mengeringkannya.
4. Setelah kasut kering, angkat tisu dari kasut. Anda akan lihat bahawa kotoran kuning terkumpul pada tisu dan bukannya pada kasut.
BACA: Bengang gaji tak dibayar KWSP pun tak dicarum, ini 6 langkah ajar majikan ‘confirm’ tak culas dah