Realtime website trackingweb stats

Kartel ayam gagal tangguh bayar denda RM70 juta

Oleh ABDULLAH HAMID

Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC), sebuah syarikat usaha sama dengan Malayan Flour Mills Bhd (MFM),

Mereka gagal dalam rayuannya untuk menangguhkan pembayaran denda RM70 juta yang dikenakan

oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) atas dakwaan pembentukan kartel penetapan harga.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, MFM memaklumkan bahawa Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada

Jumaat lalu telah menolak permohonan DPDC untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan MyCC berkenaan denda tersebut,

Kartel ayam gagal tangguh bayar denda RM70 juta

sementara menunggu keputusan rayuan DPDC kepada CAT. Tribunal juga tidak mengeluarkan sebarang perintah berkaitan kos.

MFM menambah, DPDC kini bercadang untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan CAT mengenai permohonan penangguhan tersebut.

Pada hari yang sama, Leong Hup International Bhd dan PPB Group Bhd turut mengumumkan bahawa kilang dedak ayam mereka gagal dalam usaha untuk menangguhkan pembayaran denda berjumlah RM200 juta yang dikenakan oleh MyCC.

Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dikenakan denda terbesar antara lima syarikat, sebanyak RM157.5 juta, manakala FFM Bhd, milik PPB Group, dikenakan denda sebanyak RM42.7 juta.

Leong Hup Feedmill juga merancang untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan CAT berkaitan permohonan penangguhan tersebut.

Sementara itu, FFM mengumumkan bahawa pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan untuk menentukan tindakan selanjutnya susulan penolakan permohonan tersebut oleh CAT.

Pada Disember 2023, MyCC telah mengenakan denda berjumlah RM415 juta ke atas lima syarikat iaitu Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd, FFM Bhd milik PPB, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, DPDC milik Malayan Flour Mills dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd atas dakwaan pembentukan kartel penetapan harga dedak ayam.

Selain denda, kelima-lima syarikat tersebut turut diarahkan untuk menghentikan pembabitan dalam kartel dan menyerahkan laporan mengenai perubahan harga dedak ayam.

BACA: Bangunan sekolah rendah dipindah tanpa perlu dirobohkan, macam mana dia buat?