Realtime website trackingweb stats

KANUN AMANAH sedia bantuan guaman kepada peserta #HartalDoktorKontrak

Oleh ADINDA

Selepas dilihat kempen #HartalDoktorKontrak yang diadakan di seluruh negara melibatkan doktor-doktor kontrak mendapat sambutan, Polis akan membuka kertas siasatan berhubung gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam tempoh PKP tiada siapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan susulan sekumpulan doktor berhimpun di Hospital Kuala Lumpur menyertai Hartal Doktor Kontrak.

“Kita akan buka kertas siasatan kerana dalam tempoh PKP tiada sesiapapun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat bagi apa jua maksud.

Kira-kira 50 orang doktor berhimpun di kawasan parking Hospital Kuala Lumpur dengan berpakaian berwarna hitam dan mengangkat plakad tuntutan #HartalDoktorKontrak

Sebelum itu, dilaporkan terdapat beberapa ugutan dan amaran daripada pihak berkuasa untuk menghalang para peserta daripada berhimpun.

Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (KANUN) telah menubuhkan satu sekretariat khas untuk membantu kempen Hartal Doktor Kontrak. Sekretariat Guaman #HartalDoktorKontrak KANUN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mengecam segala bentuk intimidasi dan tindakan yang dikenakan ke atas peserta dan penganjur kempen berkenaan.

SG KANUN berharap agar perkara ini dihentikan dan hak para doktor untuk berhimpun dihormati.

Dalam masa yang sama, secara sukarela SG KANUN sedia memberikan khidmat bantuan guaman kepada mana-mana peserta yang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Sekretariat Guaman KANUN boleh dihubungi di talian hotline 0136680072.