Realtime website trackingweb stats

Kantoi curi barangan RM108.18, kena penjara sehari, perbuatan ‘instafamous’ seksi ini mengejutkan

Oleh FATIN AQILAH

Seorang ‘instafamous’ seksi mengejutkan orang ramai apabila kantoi mencuri barangan antaranya pewangi bilik berjumlah RM108.18.

Rumaisyah Yahya, 31, dilapor mencuri barangan itu di sebuah pasar raya di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada 4.30 petang, 1 November lalu.

Akibatnya, wanita yang gemar tampil dengan aksi ‘panas’ di Instagram itu dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, 2 November.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin memerintahkan pengajar yoga itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari jika gagal membayar denda.

Kantoi curi barangan RM108.18, kena penjara sehari, perbuatan ‘instafamous’ seksi ini mengejutkan

Selain pewangi bilik, dia yang mesra dipanggil Sasha turut mengaku bersalah mencuri ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.

Dia bagaimanapun tidak membuat pembayaran bagi barangan itu sebelum ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.

Wanita cantik itu kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Namun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

“Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja.

“Anak guam sudah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” katanya lagi.

Baca:

Kuasa Agong bakal hilang, lock down akan kembali?” – Ini penjelasan pakar tentang Perjanjian WHO CA+ dan IHR2005

Lain macam kafe ini, mungkin peniaganya introvert, ada yang sibuk cari lokasi ‘standby’ Ramadan

Pura-pura buta demi mengejar bahagia, jumlah ‘gaji’ mereka sungguh lumayan