Realtime website trackingweb stats

Kalut balik rumah tapi lapar, ini teknik mudah lembutkan nasi keras, tinggal masak lauk je

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ramai di antara kita yang sering memasak nasi lebih pada waktu tengah hari supaya boleh digunakan untuk makan malam.

Namun, jika nasi menjadi keras, jangan risau! Ada cara mudah untuk melembutkannya semula.

Nasi adalah sumber karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada tubuh,

Dan ia boleh dimakan sekali atau dua kali pada waktu makan utama mengikut keperluan.

Masalah nasi keras biasanya berlaku apabila sukatan air kurang semasa memasak atau jika nasi dibiarkan terlalu lama selepas dimasak.

Kalut balik rumah tapi lapar, ini teknik mudah lembutkan nasi keras, tinggal masak lauk je

Kebanyakan orang pasti pernah mengalami masalah ini. Namun, kami telah menemui cara yang mudah untuk melembutkan semula nasi yang keras dan kering. Mari kita lihat caranya!

Cara Melembutkan Nasi Keras dan Kering:

Pertama, masak semula nasi yang keras dan kering dengan menggunakan periuk nasi.

Selepas kira-kira 10 hingga 15 minit, buka periuk nasi dan tambahkan air secukupnya.

Gaul rata nasi bersama air yang ditambah. Jika rasa airnya kurang, tambah sedikit lagi.

Tutup semula periuk nasi dan masak seperti biasa.

Apabila nasi siap dimasak, buka periuk dan keluarkan nasi. Nasi lembut sedia untuk dinikmati!

Dengan tips mudah ini, masalah nasi keras pasti dapat diatasi dengan mudah. Anda akan mendapat nasi yang lembut dan enak untuk dimakan.

Kadangkala, kesilapan kecil boleh berlaku semasa memasak, tetapi cara ini dapat memperbaikinya. Selepas ini, anda tidak perlu lagi stres makan nasi yang susah untuk dikunyah.

BACA: Jovian Mandagie akhirnya respon perkahwinan bekas isteri, Nina Ismail