Kebanyakan orang dewasa berasa gembira dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, tentang pendaftaran untuk mendapatkan e-kredit RM100 yang akan dibuka bermula Isnin ini.
Melalui kajian yang dikendalikan oleh Kosmo! di media sosial, ramai orang menunjukkan rasa syukur dan tidak kurang juga mengira hari-hari untuk menantikan waktu yang ditunggu-tunggu.
“Alhamdulillah rezeki. RM100 tu kena syukur nanti Allah akan tambahkan lagi nikmat,” kata Adamm.
“Petrol dua minggu, Alhamdulillah,” ujar Khairul Ishak.
Tetapi pada masa yang sama, petikan lirik Nur Nilam Sari yang telah diubah menjadi Pinjam Seratus Nur Nilam Sari di TikTok baru-baru ini, kembali menjadi perbualan hangat dan turut dikaitkan dengan program eMADANI.
“Okey dah tak payah pinjam RM100 dah kat Nur Nilam Sari,” komen Mia Lynn.
“Aisehmen, tak jadi aku nak pinjam RM100 kat Nur Nilam Sari,” gurau Jenal Azh.
“Jangan lupa bayar balik pinjam RM100 nur Nilam Sari hari tu,” seloroh MNasrul MYusuf.
Anwar mengumumkan bahawa permohonan untuk membuat tuntutan akan dibuka sehingga 20 Februari tahun depan.
Program ini akan memberi manfaat kepada 10 juta orang dewasa yang layak, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara, semalam.
Baca:
“Aku bangga ayah kerja driver” – Adik ni buat lelaki bergelar bapa confirm menangis