Bagi mereka yang sering menaiki pesawat, pasti biasa menggunakan poket di belakang tempat duduk untuk menyimpan barang-barang kecil
seperti telefon pintar, pasport, botol minuman, atau beg kecil.
Namun, tindakan ini mungkin membawa mudarat tanpa disedari.
Mari kita ikuti pendedahan yang dikongsikan oleh @travelandleisure di Instagram.
Menurut satu hantaran yang dikongsi, syarikat penerbangan sering menerima aduan daripada kru pembersihan mengenai penemuan yang menjijikkan
Di dalam poket-poket tersebut, yang dipercayai dimasukkan oleh penumpang yang tidak bertanggungjawab.
“Pekerja pembersihan pesawat telah menemui stoking, seluar dalam terpakai, lampin bayi, dan tisu yang sudah digunakan di dalam poket ini.
Semuanya dimasukkan tanpa mengira keadaan, seolah-olah poket itu menjadi tong sampah.
“Cuba bayangkan seseorang mengelap hingusnya menggunakan tisu dan membuangnya ke dalam poket tersebut. Berapa banyak kuman yang terkumpul di situ?” tulis @travelandleisure.
Pendedahan tersebut juga menunjukkan sampah yang ditemui amat meloyakan. Oleh itu, mereka menasihati agar orang ramai berfikir dua kali sebelum meletakkan barang peribadi seperti tablet atau botol air ke dalam poket tersebut kerana ia berisiko mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Namun, di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang beranggapan perkara tersebut tidak perlu dibimbangkan terlalu banyak, kerana mereka melihatnya sebagai sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat.
“Kalau perkara kecil seperti ini pun nak terlalu risau, memang susah hidup. Tiada tempat awam yang boleh dijamin 100% bersih, namanya pun manusia, pelbagai ragam ada.
“Ke mana-mana kita pergi, sama ada bas, kereta api, restoran, tandas dan sebagainya, pasti akan ada kotoran dan mikroorganisma. Cuma sama ada kita sedar atau tidak sahaja.
“Jika terlalu paranoid, lebih baik duduk di rumah dan hidup dalam ‘bubble’ sendiri tanpa berinteraksi dengan dunia luar.
“Lagipun, jangan risau, tubuh kita sudah ada imunisasi semula jadi yang kuat untuk melawan virus-virus ini tanpa menyebabkan kita jatuh sakit,” komen beberapa pengguna media sosial
BACA: Pas pasrah gerak solo dalam PRN Sabah selepas kena ‘halau’ GRS? Ini respon Tuan Ibrahim