“Kalau kakak kahwin, saya sedih” – Irfan Harris

Oleh ABDULLAH HAMID

Penyanyi muda Irfan Haris, yang juga adik kepada selebriti dan penyanyi popular Amira Othman, mencuri perhatian ramai apabila meluahkan harapan tulus buat kakaknya agar dipertemukan dengan lelaki yang budiman sebagai pasangan hidup.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Irfan berkongsi perasaan sayangnya terhadap Amira dan harapannya yang tinggi terhadap masa depan kakaknya.

"Kalau kakak kahwin, saya sedih" - Irfan Harris

Adik Sayang Kakak

“Kalau kakak saya kahwin, saya rasa saya akan sedih sangat,” luah Irfan dengan nada jujur dan bersahaja.

Namun begitu, Irfan tidak menyembunyikan doanya agar kakaknya menemui seorang lelaki yang mampu menjaga dan membahagiakannya sepenuh hati.

“Saya cuma harap siapa pun jodoh kakak nanti, dia boleh jaga kakak elok-elok. Kakak saya memang baik orangnya, jadi dia layak untuk dapat lelaki yang baik juga.”

Netizen Sokong & Doakan Amira

Kata-kata Irfan ternyata menyentuh hati ramai. Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menyatakan sokongan dan mendoakan agar Amira dipertemukan dengan jodoh yang baik.

“Saya percaya Amira akan dapat pasangan yang baik sebab dia sendiri pun sangat menjaga batas dan tak pernah terlibat dengan kontroversi.”

“Aura positif dia tu jelas. Lemah-lembut, sopan, dan penuh adab. Orang macam ni Allah pasti jaga dan hadiahkan jodoh yang baik juga.”

“Amira ni bukan saja cantik, tapi juga nampak solehah. Insya-Allah, jodohnya juga lelaki yang mulia.”

Sebelum Ini…

Sebelum ini, nama Amira Othman pernah dikaitkan dengan pelakon Fattah Amin hingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat. Namun pengurus mereka meminta orang ramai agar mendoakan yang baik-baik sahaja.

BACA JUGA :

‘Tunggu Ja, dia akan jadi kegilaan wanita semula nanti’ Wanita bangga dapat bergambar bersama Fattah Amin

‘Harap dia datang pujuk bersungguh-sungguh’ Fazura dedah ada bukti kecurangan Fattah Amin

Pengurus dedah Fazura tak pernah keluar kenyataan kes permohonan cerai dengan Fattah Amin