Realtime website trackingweb stats

Kalau dah mula batuk-batuk, cuba amalkan petua buah oren ini mesti mujarab

Oleh AHMAD ISMAIL

Musim hujan yang dingin sering kali mengundang masalah kesihatan seperti batuk tanpa henti

Dan rasa dada yang berat akibat kahak, membuatkan kita rasa tidak selesa.

Melalui satu perkongsian di Facebook oleh Ruziani Radzi, beliau berkongsi kaedah alternatif untuk meredakan batuk dengan bahan yang mudah didapati.

Menurut Ruziani, kaedah ini dipelajarinya daripada seorang rakan yang merupakan pengamal perubatan tradisional Cina.

Berikut adalah langkah mudah yang boleh anda cuba:

Kalau dah mula batuk-batuk, cuba amalkan petua buah oren ini mesti mujarab

Bahan-Bahan:

Buah oren atau limau.

Garam.

Langkah-Langkah:

Potong oren menjadi dua bahagian. Taburkan setengah hingga satu sudu teh garam pada permukaan oren yang telah dipotong.

Dengan menggunakan garfu, cucuk-cucuk permukaan oren supaya garam meresap dengan lebih baik.

Ikat oren kembali menggunakan tali atau getah, pastikan kedua-dua bahagian bersatu semula.

Masukkan oren ke dalam bekas tahan panas, kemudian kukus selama 15 minit.

Selepas kukusan, anda akan lihat air oren terkumpul dalam bekas. Untuk mendapatkan saki-baki airnya, perah oren tersebut.

Minum air oren yang masih panas untuk melegakan batuk.

Kelebihan:

Air oren kukus ini melembapkan mulut dan tekak, mengurangkan kerengsaan, dan membantu melegakan batuk.

Selamat mencuba! Semoga tip ini memberi manfaat kepada anda dan keluarga.

BACA: Syarikat induk Tiktok saman pelajar intern RM 4.8 juta