Sepasang pengantin dari Tanete, Sulawesi Selatan, menjadi tumpuan ramai
Apabila melangsungkan perkahwinan pada usia 50 tahun, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Momen istimewa mereka dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @iwaspidy.
Video tersebut menunjukkan pasangan itu bergambar di atas pelamin dengan busana berwarna biru, dihiasi aksesori emas yang elegan.
Rakaman itu telah mencatat lebih 722,500 tontonan, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Jodoh itu adalah ketentuan Allah, setiap orang punya perjalanan hidup yang berbeza,” komen seorang pengguna.
“Bukan muda, bukan setengah matang, tetapi ‘kematangan’,” gurau seorang netizen dengan nada sindiran.