Kad pekerja Madani, diskaun hingga 30% dan pelbagai manfaat – Ini cara mohon

Oleh FATIN AQILAH

Sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah melancarkan secara rasmi Kad Pekerja Madani, satu inisiatif khas untuk menghargai jasa dan keringat para pekerja negara.

Apa yang menarik, kad ini bukan sekadar simbol penghargaan, malah menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat dan jenama terkenal di seluruh negara!

Apa Itu Kad Pekerja Madani?

Kad Pekerja Madani ialah satu inisiatif kerajaan khusus untuk ahli kesatuan sekerja yang berdaftar. Ia diwujudkan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup melalui pelbagai tawaran, kemudahan dan manfaat eksklusif.

Antara jenama dan perkhidmatan yang terlibat termasuk:

✅ AEON
✅ Mydin
✅ Giant
✅ Lotus’s
✅ Jakel
✅ Marrybrown
✅ Zus Coffee
✅ Old Town White Coffee
✅ Genting
✅ SOCAR
✅ Bateriku

Apa Kelebihan Kad Ini?
Selain potongan harga menarik, pemegang Kad Pekerja Madani juga boleh menikmati:

🔹 Diskaun hingga 30% untuk pelbagai produk dan servis
🔹 Tawaran eksklusif untuk servis kereta, barangan keperluan harian dan acara istimewa
🔹 Akses kepada latihan kemahiran bersubsidi dan program pembangunan kerjaya
🔹 Bantuan kebajikan dan perlindungan sosial, termasuk khidmat kesihatan serta kecemasan

Nak Mohon? Ini Syarat-Syaratnya:
Untuk layak memohon Kad Pekerja Madani, anda mestilah:

✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Ahli aktif dalam mana-mana kesatuan sekerja berdaftar
✔️ Pengesahan status ahli oleh pihak kesatuan diperlukan
✔️ Tiada sebarang bayaran dikenakan – ia 100% dibiayai kerajaan

Langkah Mudah Untuk Daftar Kad Pekerja Madani:
Layari portal rasmi Kad Pekerja Madani
Klik butang “Daftar Sekarang”
Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan majikan
Hantar permohonan untuk disahkan oleh kesatuan anda
Setelah diluluskan, kad digital akan diberikan – boleh digunakan dengan imbas kod QR atau tunjukkan kad digital semasa pembelian

BACA JUGA :

“Saya jarang puji tapi Kerajaan Madani memang bijak tangani tariff” – Adik Najib Razak

SARA dah ada, Kad Madani pula dah, apa fungsi kad Madani ni?

11 USAHA STRATEGIK KPKM SEPANJANG DUA TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN MADANI