Realtime website trackingweb stats

Jumlah kes harian baharu Covid-19 hampir mencecah 7000

Oleh ADINDA

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) terus menunjukkan trend peningkatan melebihi 1.0 dua hari berturut-turut.

Kes baharu pula menunjukkan trend mendatar dengan sedikit kenaikan pada 29 Jun dan kembali menurun sedikit pada 30 Jun.

Terkini. 1 Julai. Kes baharu COVID-19 hari ini 6,988.

 

Laporan mingguan #COVID19 (kluster)

✅Tempat kerja ⬆️4.2%

✅Komuniti ⬆️ 19.4%

✅Kump. berisiko tinggi ⬇️12.5%

✅ Pusat tahanan ⬆️ 20.0%

✅ Institusi pendidikan ⬇️ 50.0%

✅ Aktiviti keagamaan ↔️ 0.0%

Sumber @NIHMalaysia

Kluster tempat kerja terus menyaksikan peningkatan dan masih berada di kedudukan kluster terbesar tetapi masih banyak kilang tempat kerja dibuka dan beroperasi seperti biasa.

Sedangkan kluster aktiviti keagamaan terbukti kekal sifar dan masjid serta rumah ibadat terus ditutup.