Realtime website trackingweb stats

Jubin rumah anda banyak yang meletup, tukang rumah kongsi punca dan cara cegah

Oleh NURAIMAN

Sebahagian pemilik rumah mungkin pernah berdepan dengan insiden jubin meletup atau tile popping. Tanpa sebarang tanda awal,

Penghuni rumah dikejutkan dengan bunyi letupan kuat diiringi rekahan pada jubin lantai atau dinding.

Selain menimbulkan kebimbangan keselamatan, situasi ini juga memerlukan kos pembaikan yang tidak kecil.

Tahukah anda, insiden jubin meletup ini berpunca daripada beberapa faktor?

Berikut adalah enam punca utama serta penyelesaian yang boleh diambil, sebagaimana dikongsikan di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Jubin rumah anda banyak yang meletup, tukang rumah kongsi punca dan cara cegah

Punca Jubin Meletup

Perubahan Suhu Drastik

Pengembangan dan pengecutan jubin berlaku akibat perubahan suhu yang ekstrem, seperti pendedahan kepada haba matahari atau perubahan suhu bilik secara mendadak.

Pemasangan Tidak Betul
Jubin yang dipasang secara tidak sempurna boleh mengakibatkan ia mudah terangkat atau pecah, contohnya:

Gam jubin tidak mencukupi: Ruang kosong di bawah jubin menyebabkan ia tidak melekat dengan kuat.

Simen atau gam yang tidak sesuai: Campuran terlalu nipis atau kurang kuat tidak mampu menahan tekanan.
Kualiti Jubin Rendah

Jubin yang berkualiti rendah lebih mudah retak atau pecah walaupun hanya menerima tekanan kecil.

Tekanan Struktur Bangunan

Pergerakan kecil pada struktur bangunan (settlement) boleh menyebabkan tekanan kepada jubin, sehingga ia terangkat atau retak.

Ruang Pengembangan Tidak Mencukupi

Ketiadaan expansion joint atau jarak antara jubin yang terlalu rapat menghalang pengembangan semula jadi jubin, lalu menyebabkan tekanan hingga meletup.

Kelembapan atau Air di Bawah Jubin

Air yang terperangkap di bawah jubin boleh menghasilkan tekanan ketika ia menguap atau melemahkan lantai asas (substrate), mengakibatkan jubin pecah.

Beban Berat Berlebihan

Beban yang terlalu berat, seperti perabot besar atau objek berat, boleh memberi tekanan tidak sekata kepada jubin, menjadikannya retak atau pecah.

Cara Mencegah Jubin Meletup

Pilih kontraktor berpengalaman: Pastikan jubin dipasang oleh pakar yang mengetahui teknik pemasangan yang betul.

Gunakan bahan berkualiti: Pilih jubin berkualiti tinggi dan pelekat jubin yang sesuai.

Berikan ruang untuk pengembangan jubin: Pastikan terdapat jarak (grouting) yang mencukupi.

Elakkan perubahan suhu ekstrem: Kawal suhu bilik atau elakkan pendedahan terus kepada haba matahari.

Hindari beban berat berlebihan: Susun perabot dengan bijak dan elakkan meletakkan objek terlalu berat di atas jubin.

Sekiranya jubin telah meletup, tindakan terbaik adalah memanggil tukang untuk memeriksa keadaan lantai dan menggantikan jubin yang rosak.

Langkah ini bukan sahaja memastikan keselamatan tetapi juga mengelakkan masalah berulang di masa hadapan.

BACA:Kalau dah mula batuk-batuk, cuba amalkan petua buah oren ini mesti mujarab