Realtime website trackingweb stats

Jual hot wheels proton saga edisi khas setinggi RM500

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pada 24 April 2024, model Hot Wheels Proton Saga edisi khas yang dilukis oleh pemenang pertandingan

‘Hot Wheels X PROTON Kids Design Competition’ tahun lalu sudah mula dijual di seluruh negara.

Walaupun harganya berpatutan, iaitu serendah RM9.90, model ini telah menjadi sasaran scalper yang menjualnya semula pada harga yang jauh lebih tinggi, mencecah ratusan ringgit.

Di beberapa platform jualan dalam talian, scalper dilihat menjual model Hot Wheels yang bukan edisi terhad ini dengan pelbagai harga yang tinggi.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana scalper mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan besar daripada mainan yang asalnya hanya berharga kurang dari RM10.

Jual hot wheels proton saga edisi khas setinggi RM500

Netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan untuk mengatasi masalah scalper yang memborong mainan ini, sehingga menyebabkan peminat Hot Wheels yang lain sukar untuk mendapatkannya.

Beberapa dakwaan menunjukkan bahawa segelintir scalper memperoleh stok Hot Wheels melalui saluran tidak rasmi, yang menyebabkan mainan ini sukar didapati di pasaran.

Untuk makluman, blister card untuk Hot Wheels Proton Saga ‘Malaysia’ ini direka khas oleh Saw Jane Harn, juara Hot Wheels X PROTON Kids Design Competition tahun lalu, dalam merayakan ulang tahun ke-40 @mattel di Malaysia.

Saw Jane Harn, yang baru berusia 9 tahun dari Pulau Pinang, menjadi kanak-kanak pertama di dunia yang menghasilkan rekaan blister card dengan lukisan tangan untuk Hot Wheels secara rasmi.

Sebelum ini, model Proton Saga dengan blister card standard Hot Wheels yang juga bukan edisi terhad telah menjadi mangsa pemerdagangan scalper dengan harga jualan yang mencecah ratusan ringgit.

BACA: 7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk ‘confirm’ tak keluar