Realtime website trackingweb stats

Jovian Mandagie akhirnya respon perkahwinan bekas isteri, Nina Ismail

Oleh ADINDA

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Nina Ismail Sabri, kakak kepada penyanyi Dafi,

selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, pada Ahad lalu.

Terbaru, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, yang juga bekas suami kepada Nina, mengucapkan tahniah kepada Nina atas perkahwinannya

Menerusi hantaran di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Jovian turut menyampaikan doa terbaik untuk kebahagiaan Nina dan Hafiz.

Jovian Mandagie akhirnya respon perkahwinan bekas isteri, Nina Ismail

“Semoga kalian sentiasa gembira dan bahagia. Kita akan makan malam bersama selepas saya kembali ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.”

Di hantaran lain, Jovian berkongsi pandangannya bahawa perpisahan bukanlah sebuah pengakhiran, tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih bermakna.

Menurut Jovian, dia dan Nina masih mengekalkan hubungan baik serta saling menghormati demi kepentingan anak mereka.

BACA: Muhyiddin Yassin akhirnya respon adun Bersatu digugurkan dari exco Perlis