Untuk membeli patty ayam selalu memang tidak mampu.
Tambahan pula sekiranya ada keluarga yang mempunyai anak yang ramai, jadi satu hidangan akan cepat habis.
Tidak perlu risau, ternyata membuatnya mudah sekali.
Walaupun kelihatan sama, tapi tidak serupa.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara membuatnya:
Resepi patty ayam homemade:
• 400g isi dada ayam
• 2 biji kentang
• 1 batang lobak merah
• 1 biji telur
• 1 biji bawang holland
• 2 sk serbuk lada hitam
• 2 sk serbuk lada putih
• 1 sk chilli flakes
• 1 sk mixed herbs
• 6 sb tepung ubi kayu
• 2 sb mentega
Cara-cara:
1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak, dan bawang halus menggunakan ‘food processor’.
2. Kemudian, campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk dan uli sehingga sebati.
3. Letakkan acuan di atas kertas pembakar dan tekan adunan ke dalam acuan untuk membentuk patty.
4. Selepas itu, kukus patty yang sudah siap selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.
5. Patty boleh dipanggang sekejap atas kuali dan dah siap untuk dimakan.
Selamat mencuba semua!
Baca:
Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah
Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu
“Sejujurnya saya …” – Anna Jobling sifatkan Puteri Ameerah sangat tertib, sempat ‘girl talk’ 2 jam