Sejak semalam, media sosial heboh mengenai pengiktirafan halal untuk beberapa rangkaian restoran terkenal di Malaysia.
Antara restoran yang tersenarai adalah Johnny’s serta Black Canyon, yang menyajikan makanan ala Thai.
Walaupun restoran-restoran ini popular di kalangan ramai, isu ini telah menimbulkan keraguan mengenai status halal mereka.
Bagi menjelaskan keadaan, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan restoran-restoran tersebut.
“Pihak Pengurusan Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia ingin menjelaskan bahawa, pada masa ini,
Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia belum lagi mendapat pengiktirafan ‘Disahkan Halal’ daripada JAKIM.
Namun, kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa semua bahan makanan yang digunakan di restoran-restoran ini, termasuk ayam, telur, daging, dan bahan mentah lain, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan itu, pihak restoran juga menegaskan bahawa tiada penggunaan alkohol dalam penyediaan atau hidangan makanan mereka.
Diharapkan penjelasan ini dapat mengurangkan kebimbangan dan keraguan pelanggan mengenai status halal kedua-dua rangkaian restoran tersebut.
BACA: Jangan suka-suka simpan benda ini dalam kereta kalau tak nak ditahan Polis