Realtime website trackingweb stats

Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dulu, lagu Melayu asli dikenali dan dilakukan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai hiburan di teater bangsawan dan di istana.

Seiring berjalannya waktu, rentak asli yang perlahan dan mendayu mulai berkembang hingga awal 2000-an, muncul berbagai genre baru yang dikenali sebagai etnik kreatif.

Meskipun begitu, Irama Malaysia tetap menjadi seni yang dihargai oleh rakyat Malaysia kerana ia berkait rapat dengan tradisi dan budaya masyarakat Melayu.

Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja

Baru-baru ini, penyanyi lagu Irama Malaysia, Haziq Rosebi, mengakui bahawa gelaran “penyanyi istana” atau “penyanyi diraja” yang diberikan kepada beliau memberikan tekanan dan beban tersendiri.

Menurut laporan Berita Harian, Haziq menyatakan bahawa gelaran tersebut memberi tanggapan kepada penganjur bahawa bayaran untuk persembahan menjadi lebih tinggi.

“Apabila dilabel penyanyi istana memang berat untuk bawa gelaran ini. Saya biasa-biasa sahaja, tapi bila ada label penyanyi istana memang ada rasa lain sikit.

“Ada juga beranggapan bila menyanyi di istana bayaran besar, tapi sebenarnya tak juga sama sahaja.

“Sejujurnya, gelaran ini juga buat saya kurang selesa, ia ibarat bebanan yang besar. Sebab bila mereka label saya begitu, ada sesetengah pihak yang hendak jemput buat persembahan, mereka rasa bayaran saya terlalu mahal.

“Tapi, bayaran tidak sebegitu dan saya biasa sahaja,” katanya.

Haziq, yang juga merupakan bekas peserta musim keempat program realiti, Akademi Fantasia (AF4) menyatakan bahawa bukanlah suatu kepastian bahawa bayaran akan diterima daripada pihak istana jika membuat persembahan di sana.

“Kadang-kadang bukan istana bayar bila buat persembahan. Ada ketika Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atau penganjur yang mengundang itu bayar, jadi itulah situasi sebenarnya.

“Tapi apabila ada yang panggil saya penyanyi istana atau diraja tetap ada juga rasa bangga,” katanya.

Haziq berharap pihak penganjur dapat menerima cadangan untuk meletakkan tanda harga kerana beliau ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam nyanyian yang diperolehnya sejak tahun 2006.

“Saya sudah menyanyi sejak 2006 dan bukan baru bermula menjejakkan kaki dalam bidang ini. Boleh dikatakan saya ada pengalaman berbelas tahun.

“Kalau ada yang tanya kenapa mahal walaupun menyanyi dua atau tiga lagu sahaja, sebenarnya saya jual pengalaman dan apa yang sudah dipelajari sejak dahulu. Itu pun banyak modal yang perlu dikeluarkan.

“Bagaimanapun, saya terbuka menjayakan sebarang acara dan di mana sahaja. Sama ada di sekolah, universiti, istana atau kenduri kahwin saya terima, jadi harganya juga berbeza,” katanya.

Haziq kembali menarik perhatian sekitar setahun yang lalu setelah video dia menyanyikan lagu Lemak Manis, nyanyian asal Roslan Madun, menjadi viral di media sosial.

Baca:

Selama ni asyik kecut, rupanya ada rahsia masak sotong supaya nampak besar dan segar

Pengasas burger cerita pernah ‘curi’ daging, ayam makmal bagi kawan-kawan makan

Banyak kes jubin lantai meletup, pastikan buat ini dahulu sebelum pasang