Realtime website trackingweb stats

Jiran selamba buat kelas senaman di laluan masuk rumah, ini ‘ubat’ dia yang pentingkan diri

Oleh FATIN AQILAH

Sepasang suami isteri warga Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman di Mahkamah Agung Brooklyn selepas tidak tahan dengan tindakan jirannya mengadakan kelas senaman di laluan masuk rumah.

Lapor The Sun Online, Apollo dan Nataliya Hogan dari Brooklyn menyaman Edwin Aponte kerana mengadakan kelas senaman angkat berat di laluan rumah yang dikongsi mereka di kejiranan Bay Ridge, New York.

Mereka mendakwa Aponte menukar laluan selebar 2.4 meter kepada gimnasium selama enam jam, setiap hari serta dipenuhi pelbagai alat senaman angkat berat.

Menerusi tuntutan pasangan terbabit, Edwin enggan membenarkan kereta mereka masuk menggunakan laluan itu.

Bukan itu sahaja, konkrit juga rosak disebabkan alat senaman yang digunakan, selain laluan terhalang kerana peralatan itu disimpan di situ.

Sehubungan itu, Apollo dan Nataliya menuntut ganti rugi sewajarnya dan mahu Aponte menghentikan penganjuran kelas senaman di laluan berkenaan.

Baca:

Khairul Aming dedah kenapa tiada aset rumah, kecuali sebuah kereta bezza, buat ramai terinspirasi

Lebih sejuta rakyat Malaysia tak bertegur langsung dengan jiran sebelah dalam tempoh sebulan, rupanya ini antara puncanya

Terkejut dengar pengakuan Yusof Haslam pasal Putri Sarah, mentang-mentang dah janda, sebut live pulak tu