Jiran ingatkan rumah terbakar rupanya projek sihir online

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang lelaki tular di twitter ditahan oleh pihak poli yang dipercayai beliau menggunakan ilmu sihir untuk meraih pendapatan beliau secara dalam talian dengan cara yang salah. Kegiatan beliau akhirnya terbongkar apabila seorang jiran (jiran blok depan) beliau membuat laporan kepada pihak polis dan bomba mengatakan rumah beliau setiap hari kelihatan berapi terutama di waktu malam.

Jiran tersebut bersangka rumah lelaki tersebut terbakan rupanya tidak menyangka yang lelaki tersebut rupanya sedang melakukan aktiviti ritual di dalam rumah lelaki tersebut.

Video: yang menunjukkan seorang jiran (jiran blok depan) melihat rumah jiran beliau setiap hari kelihatan berapi terutama di waktu malam.

Maka dengan itu, pihak polis dan bomba datang untuk melihat apa yang berlaku. Apabila sampai ditempat kejadian pihak polis dan bomba telah menjumpai bukti-bukti beliau melakukan kegiatan terkutuk itu iaitu sihir.

Selain itu, mereka menjumpai darah-darah yang tumpah di lantai untuk aktiviti pemujaan dan terdapat gambar-gambar mangsa yang ingin beliau sihirkan.

Gambar: menunjukkan bukti-bukti seorang lelaki melakukan kegiatan pemujaan (sihir) pada waktu malam.
Pihak polis dan bomba menjumpai darah di semua tempat.

 

Gambar: Terdapat gambar-gambar mangsa yang ingin beliau sihirkan.
Antara sihir yang beliau gunakan adalah sihir pemisah.

Sihar pemisah ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi dapat bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan perpisahan. Kadangkala perasaan hasad terhadap kebahagian orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai hasad kepuasan hati untuk melihat orang lain menderita.

Gambar: Seorang lelaki yang melakukan aktiviti ritual ditahan oleh pihak polis.

Pihak polis dan bomba juga menjumpai bukti bahawa kegiatan beliau juga dilakukan secara dalam talian kerana terlihat parcel poslaju di bilik tersebut.

Gambar: Barang-barang sihir untuk dihantar ke pelanggan menggunakan servis perkhidmatan penghantaran.

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya untuk menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. Amalan sihir ini adalah haram kerana menggunakan unsur syirik iaitu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan dan selain daripada Allah swt.

Artikel asal : @nextstepmalaysia
Sumber gambar dan video : akaun Twitter @_Amranfans

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke
NextStep Malaysia.
Email NextStepMalaysia: [email protected]