Sagu memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut, kuih manis, atau campuran dalam kuih-kuih tradisional.
Jika sagu berbiji kecil, ia mudah dimasak, tetapi sagu yang berbutir kasar agak berbeza sifatnya.
Menurut pengetahuan dari Opah Mas Cotek, sagu kasar mengandungi lebih banyak kanji.
Oleh itu, pembuatannya perlu dilakukan dengan teliti supaya sagu menjadi jernih dan bebas daripada ketulan-ketulan kecil.
Dalam artikel ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk rebus sagu dengan betul supaya tidak hancur.
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk sagu kasar
- 6 mangkuk air
Cara-cara memasak sagu:
Bahagian 1:
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak dengan api perlahan.
2. Biarkan selama 25-30 minit. Kacau sedikit-sedikit.
3. Tutup api dan periuk. Biarkan sagu dalam periuk supaya suam.
4. Cuci sagu dan toskan.
Bahagian 2:
1. Panaskan air lagi dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang telah ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu menjadi sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Cuci, toskan, dan sedia untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
Cara untuk dapatkan biji sagu yang cantik:
1. Jangan cuci biji sagu kering.
2. Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
3. Ketika memasak, masukkan biji sagu terus dalam air yang mendidih.
4. Jangan terlalu kerap mengacau sagu dalam periuk.
Semoga bermanfaat!
Baca:
Pembeli terkejut bil barang dapur RM1900, rupanya salah letak….
Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025