Realtime website trackingweb stats

Jangan terus tukar compressor bila aircond kereta tak sejuk, mungkin benda kecil ini yang rosak, modal tak sampai RM100

Oleh ABDULLAH HAMID

Mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tentang selok-belok kereta berisiko tinggi untuk ditipu oleh pemilik bengkel.

Ada mangsa yang mengalami kerugian beribu ringgit akibat diperdaya oleh pengusaha bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Di TikTok, pakar pendingin hawa kereta, Azbi Centre, turut berkongsi mengenai satu item penting yang dikenali sebagai relay.

Menurutnya, ada pelanggan yang terpaksa membayar ribuan ringgit, padahal item ini boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Perkongsian Azbi Centre mengenai kedudukan relay:

Jangan terus tukar compressor bila aircond kereta tak sejuk, mungkin benda kecil ini yang rosak, modal tak sampai RM100

“Benda ini boleh menyelamatkan beribu ringgit anda. Pelanggan datang kepada saya dan memberitahu bahawa dia telah menukar compressor, magnet clutch, dan menghabiskan hampir RM2,000.

“Apabila dia datang kepada saya, saya hanya tukar relay saja. Kos untuk relay ini hanyalah sekitar RM60 hingga RM70, termasuk pemasangan.

“Anda tahu di mana kedudukan relay ini? Biasanya relay terletak di kawasan enjin, bergantung kepada model kereta.

“Sebelum anda menukar compressor, pastikan terlebih dahulu sama ada relay atau compressor yang bermasalah,” ujarnya.

BACA: Baru tahu kerap buka tutup peti ais boleh buat bil melambung, ini rahsia jimat elektrik