Jangan tak tahu Muslim berpengaruh ke-11 di dunia ada di negara ini, patutlah Malaysia pun ke-5 paling gembira

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Jangan tak tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga ke-11, naik dari nombor 22 bagi kategori pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Rekod Perdana Menteri terkandung dalam senarai The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori yang sama.

Jangan tak tahu Muslim berpengaruh ke-11 di dunia ada di negara ini, patutlah Malaysia pun ke-5 paling gembira

Individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Malaysia di bawah pentadbiran PMX juga menyaksikan beberapa pencapaian yang diiktiraf dunia.

Antaranya, kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 naik sebanyak empat tangga iaitu daripada 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai.

Peningkatan skor itu susulan siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Dalam masa sama, Malaysia disenaraikan di kedudukan kelima daripada 10 negara paling gembira di dunia.

Laporan tahun keempat Projek Minda Global, Mental State of the World itu berdasarkan 47 aspek kesihatan mental dalam enam kategori iaitu emosi dan pandangan, diri sosial, pemacu dan motivasi, sambungan minda-badan, kognisi, kebolehsuaian serta daya tahan.

Rata-rata mengagumi pencapaian Perdana Menteri di tangga ke-11 Muslim berpengaruh.

Dalam masa sama, rakyat mengalu-alukan beliau untuk terus memimpin Malaysia.

“Terbaik PM Anwar diiktiraf dunia. Hebat PMX kita. Semoga berjaya mendapat tempat pertama di dunia. Aamiin.

“Moga Allah SWT memberi kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

“Kita rakyat Malaysia apabila berdoa jangan lupa sisipkan doa, kemajuan ekonomi negara kita tercapai dan terpelihara dan menguatkan lagi usaha PMX,” demikian antara komentar warga maya.

Baca:

Dah dekat raya, ke mana tuan punya beg berisi duit RM500,000 ini pergi?

Tol ‘free’ 8 & 9 April sempena Aidilfitri

Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan