Realtime website trackingweb stats

Jangan salahkan kasut bila kaki melecet, ini cara betul ukur kaki ramai tak tahu

Oleh AHMAD ISMAIL

Sama ada anda mencari kasut sukan untuk prestasi tinggi atau untuk pemakaian kasual sehari-hari, adalah penting untuk memilih yang selesa dan sesuai.

Kesilapan dalam pemilihan kasut boleh menyebabkan kaki tidak selesa, sakit, atau melecet.

Ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuklah jenis bahan kasut itu sendiri.

Tetapi tahukah anda, kesilapan juga boleh berlaku dalam cara mengukur saiz kasut?

Jangan terlalu ‘agak-agak’! Ia bukan sahaja membazir wang membeli kasut, malah kaki boleh mengalami kesakitan dan melecet. Rugi, bukan?

Jangan salahkan kasut bila kaki melecet, ini cara betul ukur kaki ramai tak tahu

Jadi, bagaimana caranya untuk memilih saiz kasut yang betul?

Ini dia beberapa tip yang dikongsikan di laman Nike.com:

1. Gunakan alat pengukur atau kertas dan pensel untuk mengukur panjang kaki anda. Pastikan kaki diletakkan rata pada permukaan kertas atau lantai semasa mengukur. Jangan membongkok, dan jika perlu, minta bantuan orang lain untuk mengukur.

2. Sebelum mengukur, pakailah sepasang stokin yang sering anda gunakan bersama kasut.

3. Tandakan bermula dari hujung ibu jari kaki sehingga hujung tumit. Ukuran ini akan menunjukkan panjang kaki anda.

4. Lebih baik ukur kaki anda pada waktu petang. Aktiviti harian boleh menyebabkan kaki sedikit bengkak pada waktu petang, jadi ukuran pada waktu ini akan lebih tepat.

5. Untuk ukuran yang lebih tepat, gunakanlah pembaris dengan unit sentimeter, bukannya inci.

6. Jika anda berada di antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar.

BACA: Ramai tak tahu, rupanya ada cara nak beli barangan boikot tanpa sumbang kepada Israel