Realtime website trackingweb stats

Jangan percaya ‘pomen’ bulat-bulat, ini 13 benda yang anda perlu cek sendiri kalau tak nak kereta rosak

Oleh FATIN AQILAH

Segelintir individu, khususnya wanita, hanya tahu memandu tetapi kurang memahami tentang selok-belok kereta

Ini menjadikan mereka lebih mudah menjadi mangsa penipuan daripada pengusaha bengkel dan pusat servis yang tidak bertanggungjawab.

Untuk mengelakkan masalah ini, semak 13 perkara penting yang dikongsikan

oleh pemilik TikTok Jen Auto Centre sebelum menghantar kenderaan anda ke pusat servis:

1. Minyak Hitam

Jangan percaya 'pomen' bulat-bulat, ini 13 benda yang anda perlu cek sendiri kalau tak nak kereta rosak
Minyak hitam bukan sintetik perlu ditukar setiap 5,000 kilometer (km) perjalanan atau setiap tiga bulan, yang mana tiba dahulu. Minyak hitam sintetik pula perlu ditukar setiap 7,500km atau 10,000km.

2. Timing Belt

Ini bergantung pada jenis kereta. Pastikan anda tahu selang masa atau jarak yang disarankan untuk timing belt kereta anda.

3. Oil Filter

Apabila anda menukar minyak enjin, oil filter juga perlu ditukar.

4. Power Steering Fluid

Gantikan setiap 6,000km.

5. Alternator Belt

Boleh ditukar setiap 60,000km.

6. Spark Plug

Spark plug boleh digunakan sehingga 30,000km atau 40,000km.

7. Bateri Kereta

Bateri kereta biasanya boleh bertahan antara 18 bulan hingga dua tahun, bergantung pada cara penggunaannya.

8. Radiator Coolant

Tukar setiap 60,000km.

9. Clutch Plate

Biasanya hanya perlu ditukar jika berlaku masalah clutch slipping, biasanya selepas 100,000km.

10. Fuel Filter

Tukar setiap 40,000km sekali, ia tidak mahal.

11. Penapis Udara

Perlu ditukar setiap 20,000km.

12. Minyak Gear

Untuk gearbox manual, tukar setiap 60,000km.

13. Brake Fluid

Ganti setiap 60,000km.

BACA: 8 tips elak disambar petir boleh waktu hujan boleh membawa maut, antaranya