Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu sekali lagi menarik perhatian netizen selepas satu sesi live yang diadakan baru-baru ini.
Dalam sesi live tersebut, Shuib bertanya kepada netizen mengenai cadangan nama-nama individu
Mereka yang boleh dijadikan tetamu undangan dalam sesi podcastnya yang akan datang.
Ramai netizen memberikan cadangan nama-nama terkenal, seperti Ina Naim, Khir Rahman, Rosyam Noor, dan juga penyanyi Ernie Zakri.
Shuib kemudian menjelaskan sumbangan Ernie Zakri kepadanya ketika arwah Siti Sarah Raisuddin masih hidup.
Menurut Shuib, Ernie pernah datang ke rumahnya untuk mengajar vokal kepada arwah Siti Sarah sebelum beliau membuat comeback menerusi program Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, suasana menjadi tegang apabila ada netizen yang mencadangkan nama pelawak Rahim Sepahtu. Shuib segera memberikan respon bahawa dia tidak akan memanggil Rahim sebagai tetamu.
“Tidak, memang tidak akan panggil. Terus terang saya cakap, ada dua nama ini memang saya tidak akan panggil. Insyaallah,” kata Shuib.
BACA: Orang sakit tiba-tiba sihat, tak lama kemudian terus meninggal, rupanya ini puncanya