Realtime website trackingweb stats

Jangan minum air kopi ketika makan makanan ini, boleh sakit perut jika abaikan

Oleh FATIN AQILAH

Kopi kini semakin popular dan menjadi minuman trend. Di mana-mana sahaja, kita dapat menikmati latte dan cappuccino, dengan kafe kopi tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Secawan kopi menjadi lebih nikmat apabila dinikmati bersama roti pastri bersama rakan atau keluarga.

Namun, kopi juga mempunyai pantang-larangnya. Ia bukanlah minuman yang mesra pada perut

Ada di antara kita yang mungkin mengalami sakit perut disebabkan tahap asid dalam kopi.

Pengambilan kopi yang berlebihan juga boleh menghalang penyerapan nutrien dan menyebabkan kekurangan hidrasi dalam badan, terutama apabila digabungkan dengan makanan yang tidak sesuai

Jangan minum air kopi ketika makan makanan ini, boleh sakit perut jika abaikan

Susu

Mungkin mengejutkan, tetapi kopi dan susu bukanlah pasangan yang ideal. Nutrisi dari susu mungkin terjejas kerana kopi.

Penyerapan kalsium boleh terganggu, menyebabkan lebihan kalsium yang tidak diserap dikumuhkan melalui air kencing, yang berpotensi meningkatkan risiko batu karang.

Buah-buahan sitrus

Kombinasi kopi dan buah-buahan sitrus seperti oren atau lemon sebaiknya dihindari. Kadar asid dalam buah-buahan ini boleh menyebabkan GERD, yang memberi rasa tidak selesa pada perut. Selain itu, campuran kopi dan buah-buahan sitrus boleh menghasilkan rasa pahit.

Makanan bergoreng

Pengambilan kopi berlebihan boleh meningkatkan lemak dalam saluran darah. Kadar kopi yang tinggi juga boleh mengurangkan kolesterol baik dalam badan, yang memberi kesan negatif kepada kesihatan jantung. Oleh itu, kombinasi kopi dengan makanan bergoreng atau segera boleh memburukkan keadaan.

Daging merah

Kopi boleh mengganggu penyerapan zat besi, menjadikannya kombinasi yang kurang baik dengan daging. Ini boleh menyebabkan kadar zat besi menurun, yang penting untuk aliran darah, produksi hormon, dan fungsi imun.

Makanan tinggi garam

Kopi boleh merangsang jantung dan memberikan rasa segar, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kitaran degupan jantung dan meningkatkan risiko darah tinggi

Oleh itu, perlu berhati-hati dengan pengambilan kopi dan makanan bergaram. Jangan keterlaluan dalam menikmati kopi.

BACA: Patutlah orang cina banyak simpan untuk pendidikan, melancong dan makan sedap, ini rahsianya rupanya