Seperti yang diketahui, sayur-sayuran adalah penting dalam diet harian kita
Antara manfaatnya adalah untuk melancarkan sistem penghadaman, melindungi tubuh daripada jangkitan dan risiko kanser,
memastikan sistem imun yang kuat, mencantikkan kulit, dan membantu dalam proses penurunan berat badan.
Namun, tahukah anda bahawa cara penyediaan dan kaedah memasak yang tidak tepat sebenarnya boleh menyebabkan kehilangan vitamin dalam sayur-sayuran?
Malah, terdapat beberapa jenis sayuran yang tidak sesuai digoreng kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut adalah tiga jenis sayuran yang tidak digalakkan untuk digoreng:
1. Terung
Menggoreng terung boleh mengubah tekstur terung dan lemak yang melekat pada terung dapat meningkatkan risiko darah tinggi atau hipertensi.
Cara penyediaan yang sesuai: Dibuat sup, dipanggang, atau dimakan ketika segar.
2. Brokoli
Menggoreng brokoli boleh mengakibatkan kerosakan sel, peradangan dalam tubuh, risiko degeneratif, dan kanser. Proses penggorengan brokoli mengubahnya menjadi kandungan nitrit yang bersifat karsinogenik.
Cara penyediaan yang sesuai: Dikukus atau direbus, dipanggang, atau dimakan ketika segar.
3. Kubis
Menggoreng kubis boleh meningkatkan risiko kanser kerana ia mengubahnya menjadi kandungan nitrit yang bersifat karsinogenik. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko obesiti.
Cara penyediaan yang sesuai: Dikukus atau dimakan ketika segar.
Ada beberapa sebab mengapa sayuran tidak digalakkan untuk digoreng:
1. Kehilangan zat nutrien
Proses penggorengan menyebabkan beberapa nutrien larut air seperti vitamin C dan beberapa jenis vitamin B berkurang atau hilang.
2. Penyerapan minyak
Minyak yang digunakan untuk menggoreng mengandungi lemak tepu atau trans yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
3. Karsinogen bertambah
Penggorengan pada suhu tinggi boleh menghasilkan sebatian yang berpotensi karsinogenik, meningkatkan risiko kanser jika terdedah secara berterusan.
Oleh itu, pilihlah kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus, mengukus, atau memanggang dengan sedikit minyak.
BACA: Cara sembunyikan tarikh lahir ,notifikasi ‘birthday’ dari orang lain di Facebook