Ketika hujan lebat, cermin sisi kereta atau side mirror yang kabur boleh menjadi masalah besar.
Jika cermin depan atau belakang kabur, wiper boleh digunakan untuk mengatasinya.
Namun, untuk side mirror, tiada wiper disediakan, menjadikannya sukar untuk melihat kenderaan di sisi dan belakang, sekali gus meningkatkan risiko bahaya.
Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
Berikut adalah perkongsian daripada Shamsinor Zaman yang mungkin membantu:
Jangan Gunakan Water Repellant pada Side Mirror
Mengapa?
Produk water repellant berfungsi menjadikan air berkumpul dalam bentuk titisan seperti manik. Ini sangat sesuai untuk cermin depan, belakang, atau tingkap kerana titisan air tersebut akan dilap oleh wiper atau dihembus angin.
Namun, untuk side mirror, kesannya tidak sama.
– Reka bentuk side mirror:
Cermin sisi berada di dalam housing yang melindunginya daripada angin di sekeliling. Oleh itu, tiupan angin tidak dapat membantu menghapuskan titisan air seperti pada cermin lain.
– Titisan air seperti manik:
Air yang terkumpul dalam bentuk manik akan mengambil masa untuk mengalir keluar, menyebabkan pandangan dalam cermin menjadi kabur. Manik-manik ini bertindak seperti permukaan reflektor yang memantulkan imej kecil, menjadikan penglihatan lebih terganggu.
Oleh itu, elakkan menggunakan water repellant pada side mirror. Sebaliknya, gunakan produk ini di cermin depan, belakang, dan tingkap sahaja.
Gunakan Produk Hidrophilic untuk Side Mirror
Apa itu bahan hidrophilic?
-Bahan ini berfungsi menarik air ke permukaan cermin, menyebabkan air tersebar rata menjadi lapisan nipis seperti plastik jernih.
-Lapisan ini tidak membias imej, memastikan pandangan lebih jelas walaupun semasa hujan.
Jenis produk hidrophilic:
1.Semburan cecair.
2.Filem plastik seperti tinted film (boleh didapati dalam pilihan jernih atau berwarna).
Cara Penggunaan
-Sapukan bahan hidrophilic pada side mirror untuk pandangan yang lebih jelas.
-Elakkan menggunakan bahan hidrophilic pada cermin depan atau tingkap pemandu kerana angin yang bertiup akan membuatkan lapisan air menjadi berkedut, mengganggu pandangan.
BACA: Bukan peguam tarik diri, hakim tarik diri dari dengar rayuan Najib Razak, dah kenapa?