Realtime website trackingweb stats

Jangan dibuang lebihan buah ini, jom buat agar – agar mandarin ‘viral’ sesuai jadi pencuci mulut

Oleh NUR KASIH

Jika anda ada lebihan limau mandarin selepas sambutan Tahun Baru Cina, mari kita gunakannya untuk membuat pencuci mulut yang disebut agar-agar limau mandarin.

Proses membuatnya juga sangat mudah kerana hanya memerlukan beberapa bahan mudah seperti limau mandarin, serbuk agar-agar, gula, susu segar, dan air.

Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan:

Jangan dibuang lebihan buah ini, jom buat agar - agar mandarin 'viral' sesuai jadi pencuci mulut

• 4 biji limau mandarin
• 800ml susu full cream
• 200ml air
• 70g gula
• 10g serbuk agar-agar

Cara penyediaannya:

1. Sediakan periuk dan campurkan susu full cream, air, gula, dan serbuk agar-agar.

Gaulkan campuran sehingga sebati sebelum dimasak di atas api.

2. Selepas itu, letakkan periuk di atas dapur dan gunakan api sederhana.

Biarkan campuran mendidih sambil terus dikacau agar susu tidak menggumpal.

3. Ambil bekas air mineral yang telah dipotong bahagian atasnya.

4. Basahkan bekas tersebut agar agar-agar tidak melekat dan tuangkan sedikit campuran agar-agar ke dalamnya.

5. Setelah itu, gunakan batang kayu chopstick untuk menyusun buah limau agar berdiri menegak di tengah-tengah botol.

6. Cucuk buah-buahan mulai dari atas chopstick.

7. Letakkan 2 biji buah terlebih dahulu, kemudian tuangkan campuran agar-agar lagi hingga buah-buahan tenggelam.

8. Setelah itu, tambahkan lagi 2 biji limau dan tuangkan sisa campuran agar-agar yang tinggal.

9. Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk selama 4 jam agar ia mengeras.

10. Setelah 4 jam, agar-agar sudah siap dipotong.

Selamat mencuba!

Baca:

Ramai rupanya taasub dengan ‘Mawla Amin’ tunggang nasab suci Nabi, ini nasihat Menteri Agama

Elakkan ‘fancy’ dan guna nombor plat jenis ini jika tidak mahu ‘didekati’ abang JPJ

Cara mudah buat jeli kelapa muda, sesuai basahkan tekak musim panas ini