Realtime website trackingweb stats

Jangan bakar rumput liar kalau tak nak rugi, ramai tak tahu sebenarnya boleh buat baja

Oleh SHAZLIN AZIZ

Buat baja dari rumput liar untuk bercucuk tanam sambil menjimatkan kos, anda boleh ikuti cara yang dikongsi oleh Syafiq Baharin.

Anda boleh kutip rumput liar yang sudah kering dari kawasan rumah atau tepi jalan tanpa perlu belanja besar-besaran,

kecuali jika perlu membeli tong. Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah yang dikongsi oleh beliau.

Syafiq Baharin kongsi cara buat baja cecair dari rumput & daun kering

“Cara buat baja cecair ini saya pelajari dari kaedah JADAM dari Korea.

Jangan bakar rumput liar kalau tak nak rugi, ramai tak tahu sebenarnya boleh buat baja

Setakat ini, ini adalah baja utama yang sering saya gunakan selain sekali-sekala menggunakan baja tinja kambing. Alhamdulillah, hasilnya sangat subur dengan izin Allah SWT. Kos hampir RM0, hanya perlu beli tong saja jika tidak ada tong yang sedia ada.”

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Air hujan (atau biarkan air paip selama 3-4 hari sebelum digunakan)

2. Leaf Mold – Cari daun kering di bawah pokok besar. Pilih tempat dengan banyak daun kering yang terkumpul tebal. Ambil tanah gelap kehitaman di bawah daun kering sebagai Leaf Mold.

3. Rumput liar – Kutip rumput liar yang sudah kering dari sekitar rumah atau tepi jalan.

Dengan menggunakan bahan-bahan mudah ini, anda boleh menyediakan baja cecair sendiri dengan kos yang minima untuk memperkayakan tanah bercucuk tanam anda.

1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.

2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.

Selain itu: Tong Sampah Penuh Dihurung Ulat Sampah, Guna 5 Cara Ini Untuk Hapuskannya

3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.

4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.

5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.

6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.

Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.

Cara penggunaan

Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.

Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.

Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.

Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?

BACA: Lagi kerap lagi bagus, ini sebab kenapa wajib ‘restart’ telefon seminggu sekali