Realtime website trackingweb stats

Jalin hubungan cinta dengan ahli politik, ini respon anggota kumpulan Dolla

Oleh SHAZLIN AZIZ

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, 29, menafikan dakwaan bahawa beliau menjalin hubungan dengan seorang ahli politik.

Sabronzo, yang nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, berkata tuduhan tersebut muncul selepas tersebarnya klip video yang didakwa

menunjukkan seorang wanita yang mirip dirinya memasuki sebuah premis bersama seorang individu yang dikatakan ahli politik. Beliau menganggap tuduhan itu sebagai fitnah.

Sabronzo menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana ahli politik di negara ini.

“Maaf, saya tidak kenal siapa individu yang dimaksudkan itu. Saya pun tidak menonton video yang tular itu.

Jalin hubungan cinta dengan ahli politik, ini respon anggota kumpulan Dolla

“Itu bukan saya… Saya tiada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia. 100 peratus itu bukan saya,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Baru-baru ini, sebuah klip video tular menunjukkan seorang wanita yang didakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah premis selepas seorang jejaka yang dikatakan ahli politik tiba di lokasi yang sama.

Jejaka yang didakwa ahli politik itu dikatakan pernah bertunang dengan seorang selebriti popular, namun pertunangan tersebut berakhir dengan perpisahan.

Sabronzo berkata, hubungannya mungkin dikaitkan dengan wanita dalam video berkenaan kerana mirip dirinya.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak memberikan respons. Mungkin orang kaitkan sebab wanita dalam video itu kelihatan seperti saya, dengan gaya yang sama.

“Tetapi, itu memang bukan saya. Lagipun, pengguna internet sekarang sangat kreatif,” katanya.

Sabronzo menambah bahawa beliau lebih fokus kepada karier nyanyiannya dan tidak mempunyai masa untuk perkara lain.

Namun, beliau tidak teragak-agak untuk memberitahu peminat jika beliau menjalin hubungan cinta di masa hadapan.

“Fokus saya adalah pada karier seni dan tiada masa untuk perkara lain. Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok. Tetapi buat masa sekarang, masih belum ada,” katanya.

BACA: Rupanya ada cara nak masak nasi putih bagi rasa sedap dan berlemak