Realtime website trackingweb stats

‘Jalan ular’ ini bukan di negara luar, ramai tak tau tempat di Malaysia pun cantik sebenarnya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Satu perkongsian gambar mengenai ‘jalan ular’ dalam kumpulan Facebook SouthEast Asian Gallery menarik perhatian rakyat Malaysia.

Pemandangan yang menakjubkan dirakam lensa itu bukannya terletak di luar negara sebaliknya adalah laluan di pusat peranginan, Tanah Tinggi Genting.

Terbukti tempat di negara kita pun tidak kurang cantiknya. Bersyukur dan hargailah hutan hujan tropika yang sangat mahal kurniaan Allah Taala ini.

Ketahui 7 fakta berkaitan Tanah Tinggi Genting yang terletak di puncak Gunung Ulu Kali ini:

'Jalan ular' ini bukan di negara luar, ramai tak tau tempat di Malaysia pun cantik sebenarnya

1. Merupakan bandar pelancongan pada ketinggian 1,800 meter dengan iklim tanah tinggi subtropika seperti musim bunga.

2. Terletak 58 km dari Kuala Lumpur, sebahagian besarnya terletak di negeri Pahang, dan bakinya dalam kawasan Selangor.

3. Suhu tahunan tidak lebih daripada 25 darjah Celcius dan jarang jatuh di bawah 10 darjah Celcius. Suhu pada waktu siang sekitar 22 °C dan malam biasanya turun kepada 12 °C.

4. Pengasas Kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong mendapat idea untuk menjadikan Genting sebagai pusat peranginan semasa bercuti di Cameron Highlands pada 1963.

5. Resorts World Genting yang mengandungi taman tema juga merupakan pusat perjudian yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

6. Tanah Tinggi Genting memberikan kekayaan berbilion ringgit. Genting Malaysia Bhd contohnya, mempunyai sejumlah aset di Amerika Syarikat (AS). Empat bidang tanah di Miami Herald seluas enam hektar saja mencecah nilai AS$1.225 bilion (RM5.433 bilion).

7. Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023, Genting Bhd meraih keuntungan sebanyak RM98.04 juta manakala pendapatan meningkat kepada RM5.82 bilion terutamanya daripada bahagian liburan dan hospitaliti.

Baca:

Simpan dulu hasrat beli kereta, model baharu Produa D66B dan Proton S50 serba pintar akan dilancar dalam masa terdekat

‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan

Telinga sering berdengung dan sakit mencucuk ketika naik pesawat, tak hilang walau dah telah air liur, ini langkah segera perlu anda lakukan