Realtime website trackingweb stats

“Itu fasa hodoh saya, orang suruh, semua saya buat” – Alif Satar

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tidak semua orang boleh menerima kisah tidak elok zaman muda jika didedahkan secara terbuka.

Sebahagiannya jika boleh tidak mahu lagi dikaitkan zaman gelap kehidupan apatah lagi selepas sudah berada di puncak karier.

Namun lain pula bagi artis serba boleh yang sentiasa tenang berhadapan dengan sebarang situasi.

Alif Satar, seorang selebriti serba boleh, tidak berasa terkilan apabila gambar beliau semasa berumur 16 tahun menjadi viral di media sosial.

Alif berkata, gambar itu mengingatkannya pada zaman awal dia mula terlibat dalam dunia nyanyian, terutamanya semasa pertandingan One in a Million (OIAM).

"Itu fasa hodoh saya, orang suruh, semua saya buat" - Alif Satar

“Ini sebenarnya sudah kali ketiga gambar saya tular. Saya dengan pengikut di Instagram sangat rapat, kalau ada masa saya akan respons.

“Saya okay, tidak tersinggung jika mereka ketawakan saya. Semua orang akan melalui fasa hodoh masing-masing.

“Gambar itu ketika zaman OIAM, manalah saya tahu bergaya. Ketika itu bila orang suruh warnakan rambut, pakai rantai, semua saya buat,” katanya.

Alif dijumpai oleh Utusan Malaysia ketika menghadiri majlis tayangan episod terakhir drama Bukan Sekadar Lafaz di sebuah restoran semalam.

Baca:

Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa

Kaya vitamin dan mineral tapi kerap diabai, ini 4 waktu sesuai makan buah-buahan

Sepasang pengantin ‘tenggelam’ dikalung duit, rupanya dah memang adat perkahwinan di wilayah ini