Realtime website trackingweb stats

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya

Oleh AHMAD ISMAIL

Pelakon Scha Alyahya menafikan bahawa dia mengenakan anting-anting berbentuk salib ketika menghadiri sidang media HeroDewi Remaja yang berlangsung pada Selasa lalu.

Scha, juga dikenali sebagai Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir Al-Yahya, 40, menjelaskan bahawa anting-anting tersebut sebenarnya berbentuk X, yang juga merupakan logo jenama antarabangsa Off White.

“Bukan salib tapi X logo Off White, sekian,” katanya ringkas.

Anting-anting berbentuk X yang dipakai oleh Scha telah menjadi perbualan hangat.

Scha berkongsi maklumat ini dalam satu hantaran di Instastory miliknya.

Dalam sebuah video yang viral di TikTok, pelakon dari drama Awan Dania ini menarik perhatian netizen semasa sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Di bahagian komen, terdapat beberapa individu yang keliru mengenai anting-anting tersebut yang disebut sebagai berbentuk salib.

“Terkejut aku tengok subang Scha.

“Ya itu lambang cross crosslet salah satu lambang salib, mungkin dia tak tahu.

“Ada dua simbol salib begini, satu yang panjang dan satu yang sama panjang. Ini simbol salib orthodox kalau tak salah saya,” tulis netizen.

Baca:

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak

Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran

Berang agihan untung bisnes tudung, tergamak ‘hadiahkan’ rakan 15 tikaman, ketahui 10 fakta kes tragis ini