Realtime website trackingweb stats

Istiadat perkahwinan putera kedua Sultan Pahang raih perhatian netizen

Oleh NUR KASIH

Menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, dimaklumkan bahawa Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah,

Baginda yang juga putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan berlangsung pada 24, 25, dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Ini merupakan istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas perkahwinan Tengku Puteri Raja,

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, yang diadakan pada 22, 23, dan 25 Ogos lalu.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan bercemar duli untuk menghadiri Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta.

Istiadat perkahwinan putera kedua Sultan Pahang raih perhatian netizen

Majlis Adat Midodareni adalah salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.

Sebelum itu, baginda berdua turut berkenan bercemar duli ke Majlis Siraman yang diadakan di lokasi yang sama, semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; serta Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Ilisha Ameera, dan Tengku Puteri Ilyana.

Kelmarin, Tunku Azizah Aminah juga berkenan menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta.

Sedikit pengenalan, Tengku Natasya Adnan merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Wanita berkacukan Melayu dan Indonesia ini dilahirkan pada tahun 1995.

BACA: Rupanya ini latarbelakang Tengku Natasya jadi pilihan Tengku Muhammad