Realtime website trackingweb stats

Isteri wajib tahu 7 tanda ini suami sebenarnya sangat ‘setia’ dengan anda

Oleh SHAZLIN AZIZ

(1) – Suami Ambil Berat Tentang Anda

Balik dari kerja dia mesti tanya bagaimana hari anda hari ni.

Dia juga suka dengar anda bercerita. Jadi “pendengar” setia.

Kalau boleh dia nak tahu semua yang berlaku pada anda.

Ini tanda dia ambil berat. Kalau anda mengadu ada masalah dia la orang pertama yang akan risau.

(2) – Sentiasa Mahu Yang Terbaik Buat Anda

Dia tak pernah menolak kalau anda ajak jumpa ahli keluarga dan kawan anda.

Tak ada istilah malas atau malu.

Dalam fikiran dia yang terbaik untuk anda sama terbaik untuk dia juga.

(3) – Melayan Anda Dengan Baik

Jika dia sanggup utamakan perasaan, permintaan dan keperluan anda lebih dari perasaan diri sendiri, itu bermakna cinta dia pada anda sangat ikhlas.

(4) – Selalu Luangkan Masa Bersama

Suami anda lebih suka luangkan masa bersama anda daripada bersama kawan – kawan dia, maknanya itulah teman sehidup semati anda. Itu tanda dia gembira bersama anda.

(5) – Anda Selalu Diutamakan

Apa sahaja yang suami rancang mesti akan utamakan keperluan anda. Nak beli baju dia pun mesti dia akan belikan baju anda dahulu.

Kalau dapat bonus hujung tahun dia mesti bagi anda dulu.

(6) – Dia Tak Rasa Malu Bersama Anda

Bila berjalan di shopping mall suami tak akan tinggalkan anda jalan sorang kat belakang.

Pergi mana pun dia sentiasa pimpin tangan anda.

Dia pun tak malu untuk bawa anda ke majlis kerja atau jumpa kawan dia. Malah dia selalu memuji anda di depan semua orang.

(7) – Integriti Tinggi

Selalu bercakap jujur dengan anda semua perkara. Dia tak pernah sekali mungkir janji, lambat atau cepat pasti ditunaikan.

Dia juga tak pernah putus asa berusaha keras untuk selesai masalah rumahtangga jika ada. Dia tak pernah lari dari masalah.

Rasanya tiada suami yang tak sayang isteri dia.

Cuma orang lelaki ni memang tak pandai nak meluahkan rasa sayang tu. Terlalu “kekok” bab perasaan. Ini fitrah orang lelaki.

Jadi kalau suami anda ada 7 tanda ni tu maknanya dia sayang sangat kat anda. Hargailah dia sebaik mungkin.

Kongsikan dengan suami dan ucapkan “terima kasih” tanda hargai pengorbanan dia selama ini.

Follow & set see first Mohd Fhais supaya tak terlepas tips kekeluargaan yang saya akan share nanti.

Baca:

Rimas najis cicak merata di rumah? Cuba guna ‘senjata’ mudah ini, terbukti berkesan

Tak tahu lagi siapa nak jaga dua budak ini selepas ibu ditikam, inilah bahayanya marah dan dadah

Gempar rambut tersangkut di roda Ferris, lewat sesaat gadis ini mungkin terkorban