Isteri Ali Puteh kena ugut mesej seksis “kita main kau ramai-ramai”. Susulan kontroversinya dengan kakak ipar, pelawak Ali Puteh dikecam teruk oleh netizen serta menerima ugutan daripada mereka yang membencinya.
Baru-baru ini, menerusi podcast dikendalikan dua orang pendakwah iaitu PU Rahmat dan PU Amin, Ali berkongsikan bukan dia saja menerima ugutan, malah isterinya juga turut menerima mesej keterlaluan.
Sampai macam ni sekali UGUTAN yang keluarga Ali Puteh dapat. Allahu.. #minmatpodcast #langkastudio #aliputeh #purahmat #puamin #podcastmalaysia
“Yang paling teruk (diugut) isteri saya lah. Saya boleh sebut ya di sini?
“Ini isteri Ali Puteh eh? Kau datang sini, kau kangkang depan kita, kita main kau ramai-ramai. Baru kau tahu nikmat atas meja’.
“Tak tahu lah kalau ustaz tapi saya ni suami ni. Rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai tahap macam tu sekali,” katanya.
Bukan itu saja, Ali berkata ada juga yang memetik nama arwah ibunya yang telah meninggal dunia dengan kata-kata yang sangat biadab.
“Saya dapat DM, dia kata kalau aku jadi mak kau, kalau tahu keluar anak macam kau, suruh mak kau main pakai kond*m dengan bapak kau, supaya tak keluar anak macam kau,” katanya lagi.
Pada April lalu, Ali berkata dia pernah telintas untuk mahu berdamai dengan balu arwah abangnya namun perkara tersebut ditolak oleh Siti Norhidayah.
Ali berkata lagi sejak abangnya meninggal dunia dia dan keluarga tidak dapat melihat anak saudaranya, Hamzah. Malah, ibunya juga tidak berpeluang melihat cucunya sampai akhir hayatnya.