“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu.”
Demikianlah perkongsian penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, yang mengingat semula tragedi yang berlaku semasa majlis perkahwinannya dengan isteri, Datin Azrene Ahmad, 17 tahun yang lalu.
Fazley melalui Instagram mendedahkan bahawa mereka telah melalui pelbagai peristiwa pelik dan insiden yang memeritkan sepanjang hampir dua dekad mereka hidup bersama dalam rumah tangga.
“Satu perjalanan yang hebat. 17 tahun dengan empat anak bukan satu perjalanan yang mudah. Kami melalui pelbagai liku-liku hidup yang pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum tiba hari ini.
“Syukur kepada Allah, semua yang dicuba berjaya digagalkan. Tuhan tetap merahmati dan mengizinkan kita untuk bersama sehingga sekarang,” kongsinya.
Fazley sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran dalam rumah tangganya, termasuk isterinya mengalami 13 keguguran sepanjang hampir dua dekad perkahwinan.
Dalam perkongsian yang sama, Fazley mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana setia dan penuh kasih sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
“Terima kasih adik sayang, kerana menjadi sahabat baik, pasangan hidup yang paling memahami dan ibu kepada anak-anak kita yang hebat.
“Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 17 tahun dan selamat mendaki Everest Base Camp. Abang menanti kepulanganmu bersama anak-anak kita,” katanya.
Untuk makluman, Fazley dan Azrene telah bernikah pada 7 November 2007.
Baca:
“Mahkamah tak bongok” – Aliff Syukri bagi jawapan padu kepada Azwan Ali