Israel intip nombor telefon menggunakan perisian

Oleh ADINDA

Sebuah firma Israel yang dituduh membekalkan perisian intipan telah dikaitkan dengan senarai 50,000 nombor telefon pintar termasuk milik aktivis, wartawan, eksekutif perniagaan dan ahli politik di seluruh dunia, demikian menurut laporan kelmarin.

Firma NSO Group dan perisian jahat ciptaannya, Pegasus menjadi berita utama sejak sekurang-kurangnya tahun 2016 apabila penyelidik-penyelidik menuduh aplikasi itu digunakan untuk membantu mengintip pembangkang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

NSO Group adalah sebuah firma teknologi Israel yang berpengkalan di Tel Aviv telah membangunkan perisian pengintipnya bernama Pegasus yang membolehkan pengawasan jarak jauh pada telefon pintar

Pendedahan kelmarin menimbulkan kebimbangan berhubung pencerobohan privasi dan hak lain. Isu tersebut juga mengungkapkan sejauh mana perisian syarikat swasta Israel disalahgunakan oleh pelanggannya di peringkat antarabangsa.

Baca Artikel Penuh