Realtime website trackingweb stats

Irma Hasmie akhirnya buka mulut, perjelas status sebenar dengan Redza

Oleh AHMAD ISMAIL

Pengacara Amin Idris menceritakan berita terbaru mengenai masalah keluarga yang menimpa pelakon Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer.

Melalui pautan di Instagram (IG), Amin berkongsi kenyataan dari seseorang yang mengaku sebagai sahabat Irma, yang mengesahkan bahawa hubungan mereka sebagai suami isteri telah berakhir.

“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Untuk pengetahuan. Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lalu. Dengan persoalan sudah terjawab, saya mohon kepada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat kepada Irma bernama Reen Emran.

Irma Hasmie akhirnya buka mulut perjelas status sebenar dengan Redza

Kenyataan tu juga mengatakan, Irma sekarang baik bersama anak-anak dia.

Dia bersyukur sebab hidup dia sekarang lebih bahagia, dan dia akan pergi haji tak lama lagi.

“Alhamdulillah, Irma dan anak-anak okay dan sihat sahaja. Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“Insya-Allah, Irma akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” tulisnya.

Sebelum ini, posting Redza di IG menimbulkan tanda tanya apabila dia menulis tentang pengalaman baru sebagai suami dengan wanita tersebut, sambil berdoa agar semua orang dapat menemui kebahagiaan yang mereka cari.

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa rumah tangga Irma dan suaminya sedang mengalami masalah kerana jarang memuat naik gambar bersama sejak Ogos 2023.

Namun, Irma enggan memberikan keterangan lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya memberitahu bahawa dia dalam keadaan baik.

Namun, usaha BH Online untuk mendapatkan pengesahan rasmi dari Irma mengenai berita perceraian mereka tidak berjaya.

Untuk pengetahuan semua, Irma dan Redza berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

 Baca:

Spesies manusia bakal pupus, rupanya semua benua di Bumi akan bercantum, hasil kajian ini mengejutkan

Mula cerita pasal rempit akhirnya masuk pusat dialisis, ini perkara perlu anda tahu tentang suplemen

Buat sendiri jeruk mangga rangup tanpa bahan pengawet, barulah tak sakit tekak